I'm Shaklee Distributor

Home » » Biarpun pahit ku telan juga

Biarpun pahit ku telan juga

Written By Unknown on Monday 23 June 2014 | 6/23/2014 11:22:00 pm

Kini ku kenal siapa kawan siapa lawan.

Rambut sama hitam hati lain-lain. Macam mana baik pun kita, tak akan dapat memuaskan hati semua orang. Jadi ambil pengajaran dalam kes ini, buat baik berpada-pada jadi tak lah rasa terluka. Kita rasa kita dah cukup faham tapi biasa la ramai orang banyak lah ragamnya. 

Saya seoarang yang suka berterus terang, selagi tak faham saya akan bertanya, Pada saya mungkin tak ada apa, tapi pada orang kita tak tahu. Apa anggapan mereka. Baik macam mana pun kita, orang tak akan faham sebab kita ada kita , dia adalah dia. Jadi buatlah hal sendiri. Dalam masa yang sama rutin harian berjalan seperti biasa. Tak mendatangkan mudarat pun. Hidup aku, aku yang mengoraknya bukan kau, atau pun pun kamu. Selagi mampu aku bertahan dan berusaha akan ku usahakan sehingga jaya. Kerana aku punya prinsip dan wawasan.

Orang suka bermuka-muka kadang-kadang kita sendiri tak nampak pun True Colour seseorang. Jadi lah diri kita sendiri, jadi uniq. Jangan jadikan kejayaan seseorang mematikan semangat sebaliknya jadikan sebagai pembakar semangat pada kita untuk terus mengorak langkah.

Kerana AKU adalah AKU.


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.