I'm Shaklee Distributor

Home » » Sesuatu yang buat saya ketawa...

Sesuatu yang buat saya ketawa...

Written By Mum of 3 kids on Wednesday 4 June 2014 | 6/04/2014 02:10:00 am

Pertama kali orang lihat saya mesti orang ingat saya sombong. Tapi saya bukan sombong cuma pemalu orangnya. Nak-nak dengan suasana yang baru dengan kenalan yang baru. 



Bila hari cuti atau pun pulang dari pejabat, penat dan stress tapi bila lihat perangai dan gelagat anak-anak selalu buat saya ketawa. Dengan pelbagai ragam dan kerenah. Terus hilang rasa penat itu



Saya ada tiga orang anak, seorang Lelaki Mohamad Adam Hanif berumur 8 tahun dan dua orang anak perempuan Aliya Maisarah dan Alisha Damia. Masing-masing berumur 1 tahun 9 bulan. Budak-budak yang sedang membesar yang banyak kerenahnya.



Ummi sayang kamu semua. 

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.