I'm Shaklee Distributor

Home » » Pergimu tidak kembali

Pergimu tidak kembali

Written By Unknown on Sunday 15 June 2014 | 6/15/2014 02:36:00 pm

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

16hb Jun 1997 saya masuk sector perbankan dan tarikh itu juga saya mengenali beliau. Kami bergurau, gelak dah macam adik beradik. Abang Zahar memang seorang pekerja yang tekun dan rajin. Dia tidak merokok jadi tak ada lag istilah MIA.

Abang Zahar tak banyak cakap dan tak pernah membantah apa juga tugas yang orang bagi pada dia.

(Opis tgh renovate..... tempat duduk arwah betul-betul depan printer)

Khamis lepas Abang Zahar kemalangan semasa perjalan datang ke tempat kerja. Keinginan nak melawat tu ada tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Dari jauh saya hanya mampu titipkan doa semoga keadaan dia stabil. 

Allah lebih sayangkan arwah, pagi sabtu tanggal 14 Jun 2014 kami terima berita yang abang Zahar sudah meninggal dunia. Kami semua berasa sangat sedih kehilangan sahabat yang baik. Isteri dan anak-anaknya apa tah lagi kan. Berat mata yang memandang berat lagi yang memikul.

Semoga Abang Zahar tenang dan di tempatkan ditempat orang yang beriman. Kepada isteri Arwah, Kak Rina semoga tabah melalui ujian ini.

Jom kita ramai-ramai sedekahkan al fatihah untuk arwah.

3 comments:

Powered by Blogger.