I'm Shaklee Distributor

Push Factor dan harapan menggunung

Written By Mum of 3 kids on Monday 14 April 2014 | 4/14/2014 11:43:00 am

Memang tak di nafikan kadang-kadang kita memerlukan seseorang untuk 'push' kita tapi bukan semua orang senang nak melayan kita. Banyak lagi benda lain yang lebih penting yang orang itu nak fikirkan. Pada mereka mungkin tak penting atau mungkin terlepas pandang. 

So... kita yang hendak berjaya ni perlu 'push' diri sendiri. Hanya kita yang tahu bila dan bagaimana kita perlukan 'push factor' itu. Sematkan dalam hati "AKU MAHU BERJAYA" tak perlu orang lain mengingatkan.



Dan tak perlu kita meletak harapan menggunung kat orang lain. Sebab bila orang tu tak dapat memenuhi apa yang kita mahu kita akan rasa kecewa. 

Keyakinan diri juga penting. Kita pasti boleh melakukan bila otak kita dah set yang kita boleh. Jangan sesekali katakan tidak... sebab otak yang memainkan peranan penting dalam memotivasikan diri. 

Kalau kita rasa kita kurang keyakinan diri selalu la baca buku-buku motivasi atau cari satu mentor atau idola untuk kita buat panduan. Macam saya, bila rasa goyang itu datang saya suka baca buku motivasi atau baca update dari Dr Azizan Osman. DAO bukan di lahirkan dalam keluarga yang senang, dan pelbagai pengalaman yang beliau lalui sebelum mengecapi kejayaan dan kekayaan pada hari ini. 



Cari la mentor atau idola anda. Semoga dapat memberi anda semangat atau kekuatan.

Semoga anda kaya dan berjaya.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.