I'm Shaklee Distributor

Home » , , , » Slipped disc dan penanggannya

Slipped disc dan penanggannya

Written By Unknown on Friday 25 April 2014 | 4/25/2014 08:41:00 am

Semua ini bermula bila saya jatuh motor dengan abang saya masa nak pergi kerja. Ada anjing melintas laju langgar motor yang kami naik. Waktu tu hanya melecet kat lutut kat tangan. Waktu itu saya baru datang berkelana di Kuala Lumpur. Masa itu saya tak de lah wat check up yang lain ... ye la cuma jatuh melecet. Ingat lagi masa tu tahun 1998. Hampir dengan tarikh saya nak bertunang. 


Tapi rentetan dari peristiwa itu saya selalu kena migrain dan selalu lah doktor bagi pain killer. Sampaikan satu tahap saya alergic dengan pain killer dan ponstan. Lama juga saya makan ponstan dan pain killer sampai satu tahap saya tak tahan dan doktor refer ke Pantai Hospital Bangsar untuk buat MRI. Masa itu tahun 2006 baru dapat detect disc saya C3-C4 ada prolapsed ( tergelincir) . Start buat phyisioterapy dan setelah beberapa keadah dan physio tak ada perubahan saya menjalani pembedahan secara laser untuk menyedut lendir disc yang menghimpit saraf. Tapi sayang cuma bertahan 3 bulan je. Saya minta refer ke doktor yang lain pula. Tapi masih sama... sakit masa itu hanya Allah yang tahu. 


Saya cuba cara lain. Chiropractic.... lebih kurang cam membetulkan kedudukan tulang. Ni pun di syorkan oleh pakar saya Dr Harwant Singh. Masa ni saya memang gamble je... bayangkan masa ni anak sulong berumur 2 tahun dan suapkan dia makan pun saya tak mampu. Daya untuk mengangkat tangan kanan tu kurang. Kena di ampu oleh tangan kiri. Sedihkan... tapi nak buat macam mana, dah bahagian saya. 

2010 saya menjalani operation untuk mengantikan c3 sehingga c7 dengan titinium. Saya dah fikir masak-masak. Demi kesihatan saya dan famili saya. Bayangkan kalau dari mula doktor suggest operate cuma satu disc yang bermasalah. Tapi sebab saya rasa tak perlu dah jadi 4 disc yang bermasalah.



Baru saya sedar betapa pentingnya minum susu, cara kerja ... ye la duk mengadap pc lama sangat. Mungkin dah terlewat untuk saya tapi ada banyak lagi disc dan tulang yang saya perlu jaga dan saya nak share dan bagi kesedaran untuk anda semua menjaga kesihatan diri dan tulang kita.

Kini parutnya dah pudar, yang penting saya mahu hidup dengan sihat dan selamat.



http://goo.gl/pKpYtQ

Beringat sebelum kena

#sayajualshaklee
#ostematrix#ajht#shaklee


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.